Tontonfilem's FotoPage
pictures for and from Fadz Tontonfilem
By: Fadli al Akiti

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Penderhaka

Makam Hang Jebat1
Makam Hang Jebat2
Makam Hang Kasturi
Dari cerita Faisal Tehrani (or somewhere I heard), Hang Jebat selepas ter/dibunuh, mayatnya ditanam di sebuah tempat di belakang perumahan orang-orang Cina Melaka, tempat di mana mereka buang sisa-sisa, juga tempat pemeliharaan babi, untuk dikaitkan bagaimana 'aib'nya martabat Hang Jebat pada mata sultan Melaka. Aku tidak tahu, jika makam yang kita jumpai sekarang, makam sebenar, makam yang dipindah ke tempat sekarang atau makam yang diubahsuai (diperelokkan). Ia terletak mengelilingi perkampungan Baba Nyonya setentunya. Sebuah lagi makam Hang Kasturi, juga di tempat sama (kawasan Cina), dengan motif bentuk makam mengikut budaya Islam India. Kini, penderhaka boleh tidur tenang.


Sunday, 23-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Mawi Mania Mawi World

Mawi1
Mawi2
Mawi3
View all 9 photos...
Di Masjid India, Bazaar Ramadhan

1. The Shrine

2. "

3. "

4. "

5. "Tunggulah, dia datang nanti, kalau tak caya, tunggulah, tengoklah nanti.." peniaga

6. Songkok Mawi

7. Wardina pun 'famous' lagi lah

8. Adik aku Ayman, semalam malam balik dari Surabaya, kena Taifoid, semoga Allah menyembuhi penyakitnya. Di katilnya di General Hospital, KL.

9. Kadang-kala dia buat aku menangis. Orang yang pergi begitu jauh, yang mencari ilmu begitu dalam, yang cuba warak begitu jujur, aku segalanya yang terbalik dari itu, tetapi dia yang tenat di hospital...


Monday, 17-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Projek Serata 1- Surabaya

Burrpp
Nirbowo
Pasar Ampel
View all 4 photos...
Di Surabaya, Indonesia melawat adik di pesantren.

1. Burrpp- Makan di sebuah warung di Surabaya waktu malam, indo style.

2. Nirbowo- Pesantren terkenal, antara yang terbesar di Surabaya dan Indonesia.

3. Pasar Ampel- Pasar gaya souk Arab di sebelah Masjid Agung dan Makam Sunan Ampel, antara 9 Wali Jawa yang terkenal. Keturunan cicitnya, juga seorang 'gus' di pesantren mengaku, Sunan Ampel berketurunan Cina.

4. Raulatul Ulum- Adik aku. Di depan, ayah aku. Di luar pagar pesantrennya. Ini pesantren adik aku, di sebelah pagar kawasan santri perempuan.


Tuesday, 11-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Batu Gajah, kampung mama...

Rumah Opah 1
Rumah Opah 2
Ruang Baring
View all 5 photos...
Habis saja konvo, ikut mama balik Batu Gajah, jumpa maknya.

Seronok!!!

1. Rumah Opah 1- Rumah yang banyak kenangan. Orang kata, setiap balik pintu rumah, ada gula-garam-cuka nya.

2. Rumah Opah 2- Rumah sebegini, orang-orang dulu bina dnegan bergotong-royong, sama-sama. Dekat raya nanti, ramailah saudara dan adik-beradik yang datang tolong kemas dan catkan. Rumah Melayu dulu lagi cantik dari rumah moden, ada roh, cerita dan fungsinya tersendiri.

3. Ruang Baring- Mak aku menyendeng. Opah aku sudah tak dapat naik tangga, jadi dia tinggal saja di bawah di ruang ibu rumah. Di sinilah opah aku sembahyang, tidur, baca kitab, juga menunggu kunjungan tetamu dan anak cucu. Di sini juga kebanyakan anak perempuannya suka bertandang dan menyempit, serta mengumpat tentang cerita-cerita baru. Ibadat dan dunia dalam satu tempat.

4. Masjid Sg. Terap 1- Masjid lama dah dibuat baru, atas arahan Sultan Perak yang kita sayangi. Di gerbang itu terletaknya nama sultan sebagai nama gerbang. Jadi kontreversi sekarang (macam biasa, perkara-perkara kecil sebegini) kerana kononnya nama sultan di atas ayat al-Qur'an, sedangkan konsep pembuatan sebegini sudah terbiasa dalam sejarah dan konteks seni bina masjid di timur tengah. Mungkinkah norma kita orang Melayu/Malaysia suka melatah sebelum berfikir?

5. Masjid Sg. Terap 2- Dulu masa kecik-kecik, selalu lepak di masjid ni, pergi kubur atuk, dan beberapa saudara tua yang ditanam di sini (moga Allah berkati mereka). Masih ingat waktu aku berumur 10, aku jumpa dengan kayu nisan yang cantik, aku ambil bawa balik ke rumah opah. Kak Nyah mengamuk, suruh bawa balik kayu tu, "Kak Nyah tak nak kena badi, ntah nanti, takde hal pasal-pasal mimpi...!"


Monday, 10-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Di Pulau Perhentian

Ingat1
Ingat2
Juara Di Antara Yang Lain
View all 4 photos...
Cuti-cuti Malaysia sebelum musim tengkujuh
Gambar elok sedikit sebab pinjam kamera digital kawan


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net