Tontonfilem's FotoPage
pictures for and from Fadz Tontonfilem
By: Fadli al Akiti

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 28-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Keluarga Aku- Bhg. 1

Dependent
Lamun
Saling 1
View all 6 photos...
Ini gambar-gambar darah daging aku. Keturunan aku, yang membentuk apa yang aku sekarang ini. Aku letak gambar mereka dahulu sebelum gambar-gambar aku yang lain sebagai satu penghormatan pada mereka, dari jerih mama aku keluarkan aku, hingga peluh dahi ayah aku untuk bagi keluarga aku makan. Lagipun, aku terasa sangat kerana aku 'terlupa' meletak nama mama aku dalam novel JIAN. Sampai sekarang beliau ungkit aku lupa dan tidak menyayanginya. Aku harap, walaupun nasi dah jadi bubur, ini dapat menebus. Beliau tak tahu, aku memang sayangkannya walaupun aku mungkin pelupa.

Daftar Gambar:
Dependent- Ini nenek belah bapak aku, yang kita panggil Mak Tok. Dia sudah susah berjalan tapi masih boleh ke bilik air dengan sendiri. Sebenarnya kita semua perlukan sesuatu dari orang lain, hanya kita mungkin tak sejujur nenek aku yang uzur ni.

Lamun- Mak Tok mengelamun, memikirkan masa depannya mungkin, anak-anaknya, atau kenapa aku sibuk sangat ambik dia macam model. Dia memang model aku.

Saling 1- Mak ayah aku. Diambil sewaktu di Mid Valley. Nak saja aku menangis. Kalaulah aku boleh sebahagia sebegini.

Pak Su Di Pesanteren- Adik aku paling bongsu yang belajar di pesantren di Surabaya, Jawa selama 10 tahun. Aku hormat bangat pada dia, ilmunya melangkau apa yang aku tahu tentang dunia (itu baru dunia). Orang selalu cakap, "Adik kau boleh buat apa bila keluar?", satu soalan klise dan bodoh, menunjukkan realiti orang kita pada 'scholars' agama kita. Mereka tak tahu, dengan ilmu yang adik aku ada, pintu Oxford University atau Cambridge terbuka luas untuknya (dengan kekuatan Bahasa Inggeris juga tentunya).

Aliya- Oh, bukan, bukan anak aku. Anak buah aku. Anak pada adik perempuan aku. Tangan yang mengangkatnya ialah tangan atuknya, ayah aku. Penurun warisan kita.

Mama- Ibu aku. Aku ambil sewaktu aku di Oxford, hari sebelum aku balik ke Malaysia.


Tuesday, 27-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bismillah-hi-Rahman-hir-Rahim

Aku (Tangkapan Azwan)
Filem Negara Malaysia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Mengasihani, Juga Selawat dan Salam Pada Junjungan Nabi Kita Rasulullah S.A.W. Serta Keluarganya; Bermulalah gambar-gambar yang empunya fotoblog, juga penulis blog tontonfilem.blog-city.com. Moleklah ia dimulakan bukan dari gambar tangkapannya, tapi oleh tangkapan rakannya sendiri, Azwan yang sama-sama dengannya di PWTC tahun yang lepas di Pesta Buku Antarabangsa.

Dengan ini, selepas ini, rasminya, segala catan-catan yang ada hendaknya adalah dari isi hati dan tujuan penggambar blog ini untuk meluahkan rasanya dan juga mengaitkan tema-tema pada blognya.

InsyaAllah.


[<<  <  1  2  [3]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net