Tontonfilem's FotoPage
pictures for and from Fadz Tontonfilem
By: Fadli al Akiti

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Batu Gajah, kampung mama...

Rumah Opah 1
Rumah Opah 2
Ruang Baring
Masjid Sg. Terap 1
Masjid S. Terap 2
Habis saja konvo, ikut mama balik Batu Gajah, jumpa maknya.

Seronok!!!

1. Rumah Opah 1- Rumah yang banyak kenangan. Orang kata, setiap balik pintu rumah, ada gula-garam-cuka nya.

2. Rumah Opah 2- Rumah sebegini, orang-orang dulu bina dnegan bergotong-royong, sama-sama. Dekat raya nanti, ramailah saudara dan adik-beradik yang datang tolong kemas dan catkan. Rumah Melayu dulu lagi cantik dari rumah moden, ada roh, cerita dan fungsinya tersendiri.

3. Ruang Baring- Mak aku menyendeng. Opah aku sudah tak dapat naik tangga, jadi dia tinggal saja di bawah di ruang ibu rumah. Di sinilah opah aku sembahyang, tidur, baca kitab, juga menunggu kunjungan tetamu dan anak cucu. Di sini juga kebanyakan anak perempuannya suka bertandang dan menyempit, serta mengumpat tentang cerita-cerita baru. Ibadat dan dunia dalam satu tempat.

4. Masjid Sg. Terap 1- Masjid lama dah dibuat baru, atas arahan Sultan Perak yang kita sayangi. Di gerbang itu terletaknya nama sultan sebagai nama gerbang. Jadi kontreversi sekarang (macam biasa, perkara-perkara kecil sebegini) kerana kononnya nama sultan di atas ayat al-Qur'an, sedangkan konsep pembuatan sebegini sudah terbiasa dalam sejarah dan konteks seni bina masjid di timur tengah. Mungkinkah norma kita orang Melayu/Malaysia suka melatah sebelum berfikir?

5. Masjid Sg. Terap 2- Dulu masa kecik-kecik, selalu lepak di masjid ni, pergi kubur atuk, dan beberapa saudara tua yang ditanam di sini (moga Allah berkati mereka). Masih ingat waktu aku berumur 10, aku jumpa dengan kayu nisan yang cantik, aku ambil bawa balik ke rumah opah. Kak Nyah mengamuk, suruh bawa balik kayu tu, "Kak Nyah tak nak kena badi, ntah nanti, takde hal pasal-pasal mimpi...!"


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net